ECER, UDM bangun produk halal

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah memeteraikan perjanjian dengan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) bagi pembangunan industri halal di rantau ini.

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dalam kenyataannya di sini berkata, perjanjian itu akan mengukuhkan komitmen ECERDC bagi melaksanakan semua projek yang dikenalpasti di bawah ketiga-tiga Pusat Kecemerlangan UDM, iaitu Pusat Serantau untuk Produk Halal, Pusat Teknologi Bio dan Produk Herba serta Pusat Kerjasama Akademia Industri (CIAC).

Perjanjian itu juga akan membantu ECER dalam mengenalpasti kelebihan bersaing dalam industri makanan halal melalui pembangunan pusat serantau untuk produk halal serta produk teknologi bio dan herba.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara UDM dan ECERDC telah disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.
Di bawah pelan induk ECER, UDM merupakan pusat kecemerlangan bagi membangunkan produk halal di rantau ini.
Ketua Eksekutif ECERDC, Datuk Jebasingam Issace John berkata, sebagai permulaan perkhidmatan yang disediakan oleh UDM itu akan diperkenalkan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menurutnya, perkhidmatan itu termasuk penyediaan makmal halal dan herba yang lengkap untuk pengujian bahan dan komposisi, khidmat nasihat kepada PKS untuk mendapatkan pensijilan halal dan meningkatkan penyertaan dalam industri teknologi bio dan herba.
Katanya, UDM akan membantu pengusaha makanan meningkatkan keselamatan makanan serta kualiti produk halal dalam ECER supaya dapat dipasarkan ke seluruh dunia.
''Dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D), lebih banyak PKS boleh meneroka perniagaan pemprosesan makanan halal, kosmetik, bekalan perubatan dan lain-lain.
''Sehubungan itu, ECER mampu menjana lebih banyak peluang pekerjaan dan mengekalkan peluang-peluang keusahawanan," katanya dalam kenyataan itu.

Pusat Serantau UDM untuk produk halal berfungsi mengawal kualiti produk ternakan, kebersihan dan pengendalian makanan selain membangunkan produk baru, pemasaran, penjenamaan dan pembungkusan serta menyediakan R&D, perkhidmatan dan sokongan latihan.
Sementara itu, Pusat untuk Teknologi Bio dan Produk Herba berperanan meningkatkan usaha R&D dan mengekalkan program penyelidikan bagi menaiktaraf sains pertanian dan perhutanan.
Penyelidikan dalam teknologi bio akan ditumpukan terhadap bidang pertanian manakala kajian herba pula akan memberi fokus pada sumber hutan.

Pusat tersebut akan bekerjasama dengan industri, dan mengekalkan kumpulan penyelidik yang berwibawa yang terdiri daripada saintis daripada pelbagai bidang seperti agronomi, mikrobiologi dan biokimia.

Hasil kajian tersebut akan digunakan melalui program pengajaran, jurnal akademik dan promosi pemasaran.

1 Bebudak FPPP:

Nabil Norhalim said...

salam...bagus nya cakna tentang isu semasa...kalau boleh publish blog nie kt student 3p lagi2 di luar...hmmm...link kn dengan lecture2 n dekan...biar nie jadi satu entiti perbincagan yang sihat dgn para2 staf akademik.,...klu dapat link...student leh kemuka kn cadangan...pertanyaan...dan komentar yang lebih baik...

About Me

My photo
UniSZA, Terengganu, Malaysia
e-mail: portalpelajar_3p@yahoo.com facebook: persatuan mahasiswa 3p

clik disini untuk pictr aktiviti pelajar FPPP

Mutiara kata

Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan menambah pahala.


Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

waktu solat

jom borak..


ShoutMix chat widget

Followers