Showing posts with label UCAPAN. Show all posts
Showing posts with label UCAPAN. Show all posts

AGM & Perletakan jawatan PMFPPP 2008/09

Asalamualaikum dan Selamat sejahtera.Kepada Pelajar siswa/siswi FPPP, UDM.

Pada 9-Feb-2010, jam 8.00 malam, satu majlis penyerahan watikah diadakan. majlis ini dirasmikan oleh DEKAN FPPP iaitu YANG BHG. PROF MADYA DR. AHMAD SHUKRI B. YAZID. yang bertempat di OTHMAN 01 UDM. Majlis ini dihadiri oleh wakil dari MPP, Mantan PMFPPP, PMFPPP yang baru dilantik dan semua YDP, MT, & EXCO- EXCO persatuan mahasiswa dibawah FPPP.

SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA TETAMU YANG HADIR..

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan (FPPP)

4-FEB- 2010, GONG BADAK – Satu majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan (FPPP) telah diadakan pada 04 Februari 2010.
Majlis yang diadakan di Dewan Al-Mukhtafi Bilalshah (DABS),Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Kampus KUSZA itu telah disempurnakan oleh Dekan FPPP, Dr. Ahmad Syukri Yazid.
Pelajar yang mendapat anugerah adalah terdiri daripada Program Ijazah Sarjana Muda dan Diploma telah menerima anugerah tersebut.

Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam), telah dipilih sebagai pelajar terbaik keseluruhan bagi program ijazah dengan mendapat (GPA 4.00).

Antara aspek dan kriteria yang diambil kira untuk menentukan seseorang pelajar itu layak menerima anugerah ini adalah berdasarkan keputusan mendapat GPA 3.50 dan ke atas atau mendapat GPA tertinggi bagi keseluruhan program.

Dr. Ahmad Syukri dalam ucapannya, mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya.``Saya harap dengan adanya majlis anugerah ini, ianya dapat memberikan suntikan semangat dan motivasi kepada pelajar dalam mencapai kegemilangan pada masa akan datang.``Kepada mereka yang berjaya pada hari ini, saya berharap agar mereka dapat mengekalkan kejayaan atau mendapat keputusan yang lebih cemerlang,’’ katanya.
Selain anugerah pelajar cermerlang, pemberian hadiah Sukan bagi program minggu FPPP 2010 juga turut diberikan...Tahniah diatas kejayaan anda baik dari segi akademik mahupun sukan @ koko. ucapan pihak penganjur: " kami memohon maaf diatas kelemahan kami dalam menjayakan program untuk semua pelajar FPPP, dan semua kebaikan adalah datangnya daripada Allah.." dan juga terima kaseh di atas kerjasama yang diberikan. :)

Yang menghadiri pada majlis itu ialah Timbalan Dekan FPPP, Noryati Yaakub, Ketua Jabatan, pensyarah, kakitangan dan pelajar FPPP.
sekian terima kaseh..

selamat menyambut bulan mulia Ramadhan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan selamat sejahtera kepada semua siswa/siswi UDM,



Kami dari barisan pimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengurusan Perniagaan & perakaunan (FPPP) ingin mengucapkan ingin mengucapkan selamat menyambut bulan mulia Ramadhan ! selamat menunaikan ibadah puasa ! selamat datang bulan suci penuh berkah Ramadhan kepada semua warga FPPP, UDM...

SEKIAN TERIMA KASEH:)




selamat datang kpd seluruh warga FPPP





السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan selamat sejahtera kepada semua siswa/siswi UDM,


Kami dari barisan pimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengurusan Perniagaan & perakaunan (FPPP) ingin mengucapkan Selamat datang, aprisiasi kepada mahasiswa dan mahasiswi yang baru berdaftar di UDM pada 28- julai- 2009. Tahniah kerana anda telah terpilih menjadi warga FPPP, UDM, tak lupa juga kepada pelajar FPPP yang lama, kami ingin mengucapkan setinggi tinggi tahniah di atas kejayaan yang telah anda perolehi. kami berharap kejayaan yang dikecapi dari hasil usaha yang gigih dan semangat yang kental itu telah membawa satu kemajuan yang besar dalam kehidupan mahasiswa- mahasiswi fppp dan keluarga. kami juga berharap anda semua akan terus belajar dengan berusaha menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi memajukan diri untuk menjadi seorang insan yang produktif kepada negara.
sekian terima kasih.


















selamat bercuti dan berjuang ke peringkat seterusnya


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan selamat sejahtera kepada semua siswa/siswi UDM,

Kami dari barisan pimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengurusan Perniagaan & perakaunan (FPPP) ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada siswa/ wi yang belum menamatkan pengajian di UDM..Hargai lah masa cuti ini dengan perkara- perkara yang bermanfaat.

Tak dilupakan juga, kepada siswa/ wi yang sudah menamatkan pengajian di UDM, selamat bercuti dan selamat untuk meneruskan perjuangan ke tahap seterusnya..semoga kalian semua berjaya dalam bidang yang diceburi dan tercapai apa yang kalian semua impikan. Ingatlah memori ketika detik- detik kemanisan, kepahitan, kemasaman, ketawaran, kalian semua di UDM. semoga deria rasa yang dirasa menjadi memori yang terindah buat kalian semua dan ukhuwah yang dibina tak terkubur sehingga setakat ini sahaja.. dan dapat berjumpa lagi di lain masa. Take care semua.
sekian terima kasih. :)



Selamat menduduki Peperiksaan Akhir Semester II




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan selamat sejahtera kepada semua siswa/siswi UDM,
Kami dari barisan pimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengurusan Perniagaan & perakaunan (FPPP) ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester II Sesi 2008/2009. All the best:) .....Aja Aja Fighting!!!

Selain itu, anda juga berpeluang untuk menghantar Ucapan- ucapan untuk sahabat- sahabat anda...atau memohon maaf kepada sesiapa sahaja sempena Demam Final Exam... menerusi blog FPPP....:)


Wassalam.Sekian, terima kasih.

About Me

My photo
UniSZA, Terengganu, Malaysia
e-mail: portalpelajar_3p@yahoo.com facebook: persatuan mahasiswa 3p

clik disini untuk pictr aktiviti pelajar FPPP

Mutiara kata

Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan menambah pahala.


Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

waktu solat

jom borak..


ShoutMix chat widget

Followers