Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan (FPPP)
Majlis yang diadakan di Dewan Al-Mukhtafi Bilalshah (DABS),Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Kampus KUSZA itu telah disempurnakan oleh Dekan FPPP, Dr. Ahmad Syukri Yazid.
Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam), telah dipilih sebagai pelajar terbaik keseluruhan bagi program ijazah dengan mendapat (GPA 4.00).
Antara aspek dan kriteria yang diambil kira untuk menentukan seseorang pelajar itu layak menerima anugerah ini adalah berdasarkan keputusan mendapat GPA 3.50 dan ke atas atau mendapat GPA tertinggi bagi keseluruhan program.
Dr. Ahmad Syukri dalam ucapannya, mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya.``Saya harap dengan adanya majlis anugerah ini, ianya dapat memberikan suntikan semangat dan motivasi kepada pelajar dalam mencapai kegemilangan pada masa akan datang.``Kepada mereka yang berjaya pada hari ini, saya berharap agar mereka dapat mengekalkan kejayaan atau mendapat keputusan yang lebih cemerlang,’’ katanya.
Yang menghadiri pada majlis itu ialah Timbalan Dekan FPPP, Noryati Yaakub, Ketua Jabatan, pensyarah, kakitangan dan pelajar FPPP.
21:10 | Labels: HEBAHAN, news, UCAPAN | 0 Comments
PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN BAGI SESI JULAI 2009/2010
05:01 | Labels: HEBAHAN, news | 0 Comments
Tuanku Nur Zahirah dimasyhur Canselor UDM 13 Julai
KUALA TERENGGANU 28 Jun - Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah akan dimasyhurkan sebagai Canselor pertama Universiti Darul Iman (UDM) dalam satu istiadat di universiti itu pada 13 Julai ini.
Naib Canselor UDM, Profesor Datuk Dr. Alias Daud berkata, Tuanku Nur Zahirah telah menyatakan perkenan baginda untuk pelantikan tersebut dan persetujuan berangkat ke istiadat pemasyhuran itu.
"Pemasyhuran itu akan dibuat semasa majlis konvokesyen pertama UDM pada 14 hingga 16 Julai ini," katanya semasa majlis pendaftaran pelajar baru sesi 2009/2010 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Kampus Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA) di Gong Badak di sini hari ini.
Sementara itu, Alias berkata, persiapan untuk mengadakan majlis konvokesyen pertama universiti itu siap sepenuhnya.
Katanya, sebanyak 3,284 pelajar yang menamatkan pengajian mereka sejak pertengahan 2007 akan menyertai majlis konvokesyen itu.
"Pihak universiti telah bekerja keras untuk menjayakan majlis ini sejak lapan bulan lalu," katanya.
Mengulas kelewatan penganjuran konvokesyen, Alias berkata, ia disebabkan pihaknya terpaksa menyediakan peralatan baru.
Mengenai pendaftaran pelajar baru, beliau berkata, UDM menawarkan tempat kepada 2,020 pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di universiti tersebut.
Katanya, daripada angka tersebut, sebanyak 1,020 pelajar akan mendaftar untuk program pengajian Ijazah Sarjana Muda manakala 1,000 bagi program pengajian Diploma.
Pada sesi 2009/2010, UDM menawarkan 18 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan 22 program di peringkat pengajian Diploma.
Selain itu, UDM juga menawarkan tiga pengajian baru iaitu Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan, Ijazah Sarjana Muda Dietetik dan Ijazah Sarjana Muda Produksi & Kesihatan Haiwan.
Sementara itu, 30 pelajar dijangka mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan dan Ijazah Sarjana Muda Dietetik di samping 40 pelajar bagi Ijazah Sarjana Muda Produksi & Kesihatan Haiwan.
Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang Minggu Mesra Siswa seperti Program Bersama Tokoh dan Program Cintailah Pantai Kita.
23:10 | Labels: HEBAHAN, news | 0 Comments
PROGRAM ORIENTASI PELAJAR BARU,FPPP
TAHNIAH... kepada siswa- siswi UDM yang telah terpilih menjadi URUSETIA bagi PROGRAM ORINTASI PELAJAR BARU FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN & PERAKAUNAN,
UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA,TERENGGANU.
Kepada siswa- siswi yang terpilih bagi program ini, anda dikehendaki menghadirkan diri di UDM bagi menghadiri mesyuarat dan menjayakan program ini, maklumat yang terperinci adalah sepeti berikut:
TARIKH : 1 julai 2009
HARI : RABU
TEMPAT : UDM ( tempat penginapan akan disediakan oleh pihak kami)
AHLI JAWATAN KUASA PROGRAM :
Mohamad Aizuddin bin Kamarul Zaman (No. fon: 0145177590)
Nur Ain binti Mat Adam (No. fon: 0179250922)
Mohammad Amierol Shah bin Mohammad 'Aznan (No. fon: 0148127350)
* sebarang pertanyaan tentang prorgam ini, sila hubungi ahli jawatan kuasa di atas.
senarai SISWA- SISWI yang terpilih.
2 Siti Hajar binti Diaudin IJAZAH KEWANGAN ISLAM
3 Nurul Aini binti Muhalip IJAZAH KEWANGAN ISLAM
4 Zulaiha binti Ab.Hafidz IJAZAH KEWANGAN ISLAM
5 Rohayu binti Rusli 22018 IJAZAH KEWANGAN ISLAM
6 Nor Aini binti Manaf 22182 IJAZAH KEWANGAN ISLAM
7 Siti Mardhiah binti jamaruddin IJAZAH PERAKAUNAN
8 Nurul Aizan Farhan binti Abd.wahab IJAZAH PERAKAUNAN
9 Mohammad Amierol Shah bin Mohammad 'Aznan DIP.PERDAGANGAN ANTARABANGSA
10 Mohammad Taufiq bin hj.Abdul Aziz DIP.PERDAGANGAN ANTARABANGSA
11 Nur Ain binti Mat Adam 22887 DIP.PERDAGANGAN ANTARABANGSA
12 Mohamad Syarif bin Saufi DIP.PERDAGANGAN ANTARABANGSA
13 Halimatun Saadiah binti Mat Jingi DIP.PERDAGANGAN ANTARABANGSA
14 Mohamad Hafizi bin Mohd Nawi 22454 DIP.PERDAGANGAN ANTARABANGSA
15 Muhammad Shukri bin Ab.Raof 22154 DIP.PERDAGANGAN ANTARABANGSA
16 Noor Azila binti Norizan 23221 DIP.PERDAGANGAN ANTARABANGSA
17 Tuan Sharifah Asilala binti Tuan Mahayudin 23651 DIP.PERDAGANGAN ANTARABANGSA
18 Jecksonhairee bin lumping DIP.PERDAGANGAN ANTARABANGSA
19 Mohd Zulhafiz Zarik bin Rosli DIP.PERDAGANGAN ANTARABANGSA
20 Mohd Zarul bin Mohd kasim DIP.PERDAGANGAN ANTARABANGSA
21 Ummu Habibah binti Rauf 23584 DIP.SUMBER MANUSIA
22 Siti Nabihah binti Mat Shahri 23546 DIP.SUMBER MANUSIA
23 Suria binti Tumaming DIP.KEWANGAN
24 NoorHamizah binti Ibrahim 22970 DIP.KEWANGAN
25 Nur Shaheera Syamini binti Mohd Suhaimi 23278 DIP.KEWANGAN
26 Nur Fatin binti Nazli 23646 DIP.PEMASARAN
27 Siti Shahida binti Ismail 22957 DIP.PEMASARAN
28 Siti Asmaa' binti Hashim DIP.BANKING
29 Fadiana binti Ngah 23454 DIP.BANKING
30 Abdul Aziz bin Md Rosdi 23689 DIP.BANKING
31 Siti Khoyriyyah binti md kamari 23442 DIP.INSURANS
02:00 | Labels: AKTIVITI, news | 0 Comments
NEWS, Makmal komputer FPPP
Makamal komputer tingkat 3 di Blok Habsah telah dibuka untuk kegunaan seluruh warga FPPP. Fungsinya sama sahaja seperti Makmal komputer di Blok A. Jadi anda boleh lah datang untuk serve internet disana. waktu beroperasi adalah mengikut waktu jam bekerja sahaja.
00:22 | Labels: HEBAHAN, news, UMUM | 1 Comments
ECER, UDM bangun produk halal
Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dalam kenyataannya di sini berkata, perjanjian itu akan mengukuhkan komitmen ECERDC bagi melaksanakan semua projek yang dikenalpasti di bawah ketiga-tiga Pusat Kecemerlangan UDM, iaitu Pusat Serantau untuk Produk Halal, Pusat Teknologi Bio dan Produk Herba serta Pusat Kerjasama Akademia Industri (CIAC).
Perjanjian itu juga akan membantu ECER dalam mengenalpasti kelebihan bersaing dalam industri makanan halal melalui pembangunan pusat serantau untuk produk halal serta produk teknologi bio dan herba.
Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara UDM dan ECERDC telah disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.
Di bawah pelan induk ECER, UDM merupakan pusat kecemerlangan bagi membangunkan produk halal di rantau ini.
Ketua Eksekutif ECERDC, Datuk Jebasingam Issace John berkata, sebagai permulaan perkhidmatan yang disediakan oleh UDM itu akan diperkenalkan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Menurutnya, perkhidmatan itu termasuk penyediaan makmal halal dan herba yang lengkap untuk pengujian bahan dan komposisi, khidmat nasihat kepada PKS untuk mendapatkan pensijilan halal dan meningkatkan penyertaan dalam industri teknologi bio dan herba.
Katanya, UDM akan membantu pengusaha makanan meningkatkan keselamatan makanan serta kualiti produk halal dalam ECER supaya dapat dipasarkan ke seluruh dunia.
''Dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D), lebih banyak PKS boleh meneroka perniagaan pemprosesan makanan halal, kosmetik, bekalan perubatan dan lain-lain.
''Sehubungan itu, ECER mampu menjana lebih banyak peluang pekerjaan dan mengekalkan peluang-peluang keusahawanan," katanya dalam kenyataan itu.
Pusat Serantau UDM untuk produk halal berfungsi mengawal kualiti produk ternakan, kebersihan dan pengendalian makanan selain membangunkan produk baru, pemasaran, penjenamaan dan pembungkusan serta menyediakan R&D, perkhidmatan dan sokongan latihan.
Sementara itu, Pusat untuk Teknologi Bio dan Produk Herba berperanan meningkatkan usaha R&D dan mengekalkan program penyelidikan bagi menaiktaraf sains pertanian dan perhutanan.
Penyelidikan dalam teknologi bio akan ditumpukan terhadap bidang pertanian manakala kajian herba pula akan memberi fokus pada sumber hutan.
Pusat tersebut akan bekerjasama dengan industri, dan mengekalkan kumpulan penyelidik yang berwibawa yang terdiri daripada saintis daripada pelbagai bidang seperti agronomi, mikrobiologi dan biokimia.
Hasil kajian tersebut akan digunakan melalui program pengajaran, jurnal akademik dan promosi pemasaran.
10:23 | Labels: HEBAHAN, news | 1 Comments
Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2008/09
Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2008/09 bagi peperiksaan semester 1 2008/09 Fakulti Pengurusan Perniagaan & Perakaunan (FPPP) Akan diadakan sperti berikut:
Tarikh : 12/ 2/ 09
Hari : kHAMIS
Masa : 2.00 ptg
Tempat : Dewan Kuliah Utama (DKU) UDM Kampus Kusza.
# SEMUA KEHADIRAN PELAJAR FPPP DIJEMPUT HADIR DAN KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN.
02:33 | Labels: HEBAHAN, news | 0 Comments
About Me
- portal pelajar FPPP
- UniSZA, Terengganu, Malaysia
- e-mail: portalpelajar_3p@yahoo.com facebook: persatuan mahasiswa 3p
persatuan FPPP
Mutiara kata
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
