Showing posts with label HEBAHAN. Show all posts
Showing posts with label HEBAHAN. Show all posts

Kemaskini WEBSITE Persatuan dibawah PMFPPP


Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.Kepada Pelajar siswa/siswi FPPP, UDM.
PERHATIAN !!!!!
Kepada semua persatuan -persatuan dibawah PMFPPP, anda diwajipkan mengemaskini website persatuan anda.
# CARTA ORGANISASI SESI 2010/2011
# AKTIVITI TAHUNAN
supaya ia memudahkan pihak Fakulti & PMFPPP menghubungi anda.
sekian terima kaseh. :)

AGM & Perletakan jawatan PMFPPP 2008/09

Asalamualaikum dan Selamat sejahtera.Kepada Pelajar siswa/siswi FPPP, UDM.

Pada 9-Feb-2010, jam 8.00 malam, satu majlis penyerahan watikah diadakan. majlis ini dirasmikan oleh DEKAN FPPP iaitu YANG BHG. PROF MADYA DR. AHMAD SHUKRI B. YAZID. yang bertempat di OTHMAN 01 UDM. Majlis ini dihadiri oleh wakil dari MPP, Mantan PMFPPP, PMFPPP yang baru dilantik dan semua YDP, MT, & EXCO- EXCO persatuan mahasiswa dibawah FPPP.

SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA TETAMU YANG HADIR..

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan (FPPP)

4-FEB- 2010, GONG BADAK – Satu majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan (FPPP) telah diadakan pada 04 Februari 2010.
Majlis yang diadakan di Dewan Al-Mukhtafi Bilalshah (DABS),Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Kampus KUSZA itu telah disempurnakan oleh Dekan FPPP, Dr. Ahmad Syukri Yazid.
Pelajar yang mendapat anugerah adalah terdiri daripada Program Ijazah Sarjana Muda dan Diploma telah menerima anugerah tersebut.

Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam), telah dipilih sebagai pelajar terbaik keseluruhan bagi program ijazah dengan mendapat (GPA 4.00).

Antara aspek dan kriteria yang diambil kira untuk menentukan seseorang pelajar itu layak menerima anugerah ini adalah berdasarkan keputusan mendapat GPA 3.50 dan ke atas atau mendapat GPA tertinggi bagi keseluruhan program.

Dr. Ahmad Syukri dalam ucapannya, mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya.``Saya harap dengan adanya majlis anugerah ini, ianya dapat memberikan suntikan semangat dan motivasi kepada pelajar dalam mencapai kegemilangan pada masa akan datang.``Kepada mereka yang berjaya pada hari ini, saya berharap agar mereka dapat mengekalkan kejayaan atau mendapat keputusan yang lebih cemerlang,’’ katanya.
Selain anugerah pelajar cermerlang, pemberian hadiah Sukan bagi program minggu FPPP 2010 juga turut diberikan...Tahniah diatas kejayaan anda baik dari segi akademik mahupun sukan @ koko. ucapan pihak penganjur: " kami memohon maaf diatas kelemahan kami dalam menjayakan program untuk semua pelajar FPPP, dan semua kebaikan adalah datangnya daripada Allah.." dan juga terima kaseh di atas kerjasama yang diberikan. :)

Yang menghadiri pada majlis itu ialah Timbalan Dekan FPPP, Noryati Yaakub, Ketua Jabatan, pensyarah, kakitangan dan pelajar FPPP.
sekian terima kaseh..

Swine Flu : Senarai Perlu Faham dan Buat

flu.jpg

"Ustaz, saya tak puas hati betul dengan keluarga si X, dah tahu dia tak sihat janganlah datang ke program kita, sekarang saya pun dah selsema ini" Rengus seorang di klinik, kebetulahn bertemu seorang ustaz.

"Heh, sebab anak kamu, pembawa wabak, sekarang ni satu pertiga seokolah kita sudah kena selsema babi, lain kali kalau dah ada symptom, janganlah datang ke sekolah!" kata seorang guru dengan wajah menyinga kepada bapa seorang murid.

"Alahai macam mana ni, tak boleh diri dekat sangat dengan dia ni, dia tengah selsema rupanya, nanti kalau aku jarakkan diri dia terasa pulak" Monolog hati seorang apabila kawannya mengatakan dirinya sedang selsema dan punyai symptom selsema babi.

Itu mungkin beberapa dialog yang semakin popular di ketika ini. Jika tidak dilafazkan sekalipun, ia mungkin sahaja bermain di minda dan hati. Bolehkah kita sedemikian? Apa lagi senarai perlu faham, perlu dan jangan buat di ketika ini?

Wabak swine flu atau selsema babi semakin dahsyat menyerang manusia. Sebelum ini manusia diserang oleh krisis ekonomi hasil tangan mereka sendiri, kali ini krisis bersambung dan berganda dengan serangan krisis kesihatan, juga hasil tangan manusia.

Manusia yang kerap bertukar menjadi bongkak dan angkuh dengan pangkat, kuasa dan harta kini mula menjadi kecut dan takut. Di United Kingdom, pihak kerajaan dan media sering mewarwarkan bahawa swine flu tidaklah berbahaya, ia juga digambarkan sama seperti selsema biasa seperti selsema di musim sejuk yang akan kebah dalam beberapa hari. Ia dikuatkan lagi apabila semua individu yang meninggal dunia akibat swine flu di sini, mempunyai pelbagai penyakit serius yang lain. Keadaan ini menjadikan rakyat UK juga biasa dan hampir tiada dilihat sesiapa memakai ‘facemask' di jalanan sepertimana yang terdapat di Mexico dan Malaysia.

swine.jpg

SELSEMA BABI DI UNITED KINGDOM

Namun beberapa hari ini kerisauan sudah mula menjengah di minda kebanyakan rakyat UK akibat kematian seorang kanak-kanak yang sihat akibat swine flu. Ia juga sudah mula merebak dengan makin meluas di United Kingdom sehingga dijangkaan di akhir bulan Ogos, dijangkaan lebih 100,000 orang akan menghidapinya setiap hari.

Hari ini, jumlah mereka yang selsema dan disyaki swine flu di UK semakin bertambah, warga Malaysia di Leicester khususnya dan UK umumnya, juga tidak terlepas dari symptoms swine flu. Semua mula berasa risau tetapi jika sebuah negara maju seperti UK dan USA serta Eropah juga masih terkial-kial, tidak mempunyai penyelesaian rawatan, bagaimana pula nasib negara sedang membangun seperti Malaysia atau Negara-negara lain yang masih mundur.

Media di UK mewarwarkan bahawa dijangkakan vaksin khas untuk virus ini akan berjaya dihasilkan sekitar bulan hadapan. Vaksin ini juga diwartakan akan diberikan kepada seluruh penduduk United Kingdom, dimulakan dengan warga kesihatan di hospital, diikuti golongon berisiko tinggi seperti pesakit athma, diabetes, jantung dan sebagainya. Namun begitu, semuanya masih kabur dan tidak pasti.

Ubat khas seperti anti viral seperti Oseltamivir (Tamiflu) dan Zanamivir (Relenza) hanya boleh diperolehi oleh mereka yang telah menjalankan ujian darah dan disahkan memang dijangkiti swine flu, namun demikian di UK, ujian tersebut sudah tidak lagi relevan kerana jumlah pengadu sudah terlalu ramai. Malah penghidap symptom juga tidak digalakkan hadir ke GP lagi, cukup sekadar kuarantin diri di rumah dan mengubat diri sendiri.

PENGALAMAN KE KLINIK

Pengalaman beberapa warga Malaysia mempunyai symptoms swine flu ke GP (Klinik awam) tidak begitu menggalakkan, sambutan para doktor juga amat dingin malah doktor kelihatan amat bimbang dan mengarahkan segera pengadu untuk keluar melalui pintu lain dengan alasan agar tidak bercampur dengan orang ramai.

Ramai yang kurang senang dengan keadaan ini, tiada ubat yang diberi oleh pihak doktor, tiada prescription untuk antiviral, tiada ubat batuk, dan sebagainya, hanya nasihat untuk mempertingkatkan penjagaan kebersihan, mengunci diri di dalam rumah dan minum air banyak.

Ramai yang sedang menghadapi selsema, batuk dan demam di United Kingdom ketika ini, tetapi kebanyakannya tidak pasti adakah ia swine flu atau tidak, kerana ia benar-benar seperti selsema biasa, yang mana ia biasanya berulamkan batuk dan sekali sekala pening kepala akibat membuang hingusan dan demam singkat. Padahal semua yang disebut tadi adalah symptom-simptom selsema babi, itulah juga info yang terpapar iklan dan poster symptoms swine flu, ia juga tidak jelas.

SENARAI PERLU DAN JANGAN

Apa yang perlu dilakukan kini? Saya bukan doktor namun beberapa nasihat berikut mungkin boleh difahami dan dihayati sebaiknya, moga kita dapat memanfaatkkanya:-

1. PENYAKIT BERJANGKIT & IMANI QADA' QADAR.

Perkara utama bagi semua umat Islam, jangan sesekali lupa atau ‘terlupa' bahawa semua bakteria, virus atau apa jua makhluk yang membawa mudarat ini terlepas dari kekuasaan Allah swt.

Jikalau kita menelurusi hadis Nabi s.a.w, kita akan dapati anjuran Nabi s.a.w untuk berhati-hati apabila bercampur dengan pesakit kusta dan sopak. Sudah tentu anjuran Nabi itu terpakai buat semua jenis penyakit yang diiktiraf boleh merebak dan ‘berjangkit'. Hadis berikut amat jelas :-

لا عدوى ولا طيرة ولا هامة قال له رجل : أرأيت البعير يكون به الجرب فتجرب الإبل ، قال : ذاك القدر ، فمن أجرب الأول ؟

Ertinya : Tiada jangkitan, tiada sial dan tiada hammah (satu kepercayaan jahiliyyah iaitu burung yang kononnya tercipta dari tulang mayat dan hidup lalu membawa sial kematian), maka seorang lelaki berkata : Apa pandanganmu jika seekor unta yang mempunyai penyakit lalu terkena unta yang lain?. Nabi menjawab : Itulah taqdir Allah, (cuba fikirkan), dari mana pula yang pertama mendapat penyakitnya? ( Riwayat Ahmad )

Allah swt mengingatkan :-

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Ertinya : Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. ( Al-Hadid : 22 )

Berbekalkan ayat dan hadis di atas, Islam mengajar kita agar melihat ketentuan Allah swt sebagai asas, sebelum melihat kepada soal sebab dan musabbab atau sunnatullah (hukum alam).

Walaupun demikian, Nabi s.a.w juga mengingatkan :

فِرَّ من المجذوم فِرارَك من الأسد

Ertinya : Larilah (jauhilah) mereka yang berpenyakit kusta sebagaimana kamu lari dari singa" ( Riwayat Al-Bukhari)

Manakala di dalam sebuah hadis lain :-

لا يُورِد مُمَرَّضٌ على مُصَحٍّ

Ertinya : Janganlah orang yang sakit bercampur dengan mereka yang sihat (Riwayat Muslim)

Mungkin ada yang terfikir wujudnya pertentangan makna di antara hadis berkenaan qadar Allah swt dan saranan menjauhi pesakit berjangkit.

Hakikatnya, tiada kontradiksi di antara satu sama lain, perlu difahami bahawa orang Arab di zaman Jahiliyah percaya tubuh orang sakit akan automatik memberi kesan buruk yang pasti kepada tubuh orang yang sihat tanpa mengira sebarang sebab atau taqdir[1]. Atas sebab itu hadis menyebut hadis pertama, namun dalam masa yang sama tidak menafikan jangkitan dari berlaku. Oleh itu, dalam konteks ketiga-tiga hadis di atas, mesej yang disampaikan oleh baginda Nabi s.a.w adalah :-

· Menafikan kepercayaan silam bahawa tubuh orang sakit PASTI AKAN memudaratkan yang sihat, justeru di dalam Islam, tidak boleh diiktikadkan sedemikian.

· Membetulkan kefahaman semua bahawa hampir setakat mana pun kita dengan mereka yang sakit berjangkit, semua masih tertakluk kepada kekuasaan Allah swt untuk mendatangkan sakit itu kepada kita atau tidak.

· Membetulkan kefahaman ummat bahawa sakit yang mungkin kita alami tidak semestinya datang dari orang sakit yang kita temui. Justeru, jangan mula salah menyalahkan di antara satu sama lain.

Hasilnya, Islam tidak menafikan wujudnya kebolehjangkitan tetapi hadis itu disebut dalam konteks dan objektif yang disebutkan di atas. Kebolehjangkitan adalah termasuk di dalam perkara sunnatullah (hukum ketetapan alam), cuma umat Islam perlu memahami ia tertakluk di bawah izin Allah swt. Pastinya, di musim berlakunya perebakan wabak seperti selsema babi ini, tidak mudah untuk mana-mana individu yang terkena dan belum kena untuk meyakini kuasa Allah. Itulah sebenarnya salah satu ujian Allah swt untuk hambaNya, mendatangkan bala sebagai ujian, tapisan iman serta mengingatkan hamba kepada kekuasaan penciptaNya. Hanya merkea yang beriman mampu melakukannya. Semoga kita terdiri dari golongan itu.

2) JANGAN TUDUH SESIAPA SEBAGAI PUNCA

Jangan menuduh sesiapa sebagai penyebab anda terkena selsema ini, jangan juga marah kepada sesiapa. Ini kerana kita tidak akan mampu mengetahui secara pasti dari manakah kita mendapat virus tersebut. Ini kerana virus selsema boleh sahaja datang dari tombol pintu pejabat yang kita pegang, pintu kereta, teksi, mouse computer, key board dan sebagainya. Mungkin terdapat indidivdu lain yang bersin lalu tangannya memegang keyboard, pintu atau berjabat tangan dengan anda sebelum tangannya benar-benar bersih dari virus.

Mungkin sahaja kita ingin meyalahkan seseorang yang bersin di hadapan kita atau duduk di sebelah orang selsema di dalam train atau bas, namun diingatkan sekali lagi, kita sama sekali tidak boleh pasti, kita mendapat selsema dari orang terbabit, besar kemungkinan virus itu telah kita dapati sejak di stesyen bas lagi. Perlu difahami juga, jarak tebaran germ dari seorang yang bersin secara terbuka adalah sekitar 10 kaki jaraknya. Justeru, JANGAN SALAHKAN SESIAPA dan yakinlah ia takdir Allah swt untuk menguji kita.

Cuba lihat petikan video ini :

3. ELAK KELUAR DAN MASUK DARI KAWASAN SESAK DAN WABAK

Elakkan bercampur di temat awam tanpa keperluan yang mendesak dan adalah baik jika dapat sentiasa membersihkan setiap apa yang ingin kita pegang di temat awam. Mungkin sahaja semuanya telah dicemari oleh virus selsema babi tadi dan sedang menunggu orang menyentuhnya sahaja.

Saranan pencegahan ini sesuai dengan hadis di atas dan juga tindakan Nabi yang tidak berjabat tangan dengan seorang lelaki kusta dari rombongan Bani Thaqif di ketika sesi berbai'ah (janji taat setia). Yangmana Nabi saw diriwayatkan berkata yang ertinya : "Pulanglah, kamu telah pun dikira berbai'ah" (Rujuk Sohih Muslim)

Nabi s.a.w :-

إذا سمعتم بالوباء بأرض فلا تقدموا عليه ، وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تخرجوا فرارا منه

Ertinya : Apabila kamu mendengar terdapat wabak di satu kawasan, janganlah kamu memasukinya, dan apabila kamu wabak berlaku di satu kawasan, kamu pula berada di sana, janganlah kamu keluar dari kawasan tersebut untuk melarikan diri. ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Mungkin akan adayang tertanya-tanya mengapa dihalang mereka yang sihat untuk kelaur dari kawasan wabak, apakah justifikasi arahan nabi sejak 1400 tahun yang lalu ini. Jawapan diberikan oleh Dr Muhammad Al-Bar (merupakan seorang doktor pakar perubatan dan ahli Majlis Fiqh OIC), beliau menegaskan terdapat individu yang tidak jatuh sakit dengan sesuatu jenis virus, manakala sebahagian lain jatuh sakit. Mungkin sahaja yang keluar ini sihat, tetapi tubuhnya sedang membawa virus dari kawasan wabak, hasilnya, ketibaannya di tempat baru menyebabkan penyebaran berlaku kepada penduduk setempat dan pasti akan ada sebahagian yang boleh jatuh sakit dengan virus tersebut.

Selain itu, kemungkinan juga individu yang sihat ketika keluar itu, belum terkesan lai dengan virus yang berada di dalam tubuhnya. Ini kerana sebahagian virus memerlukan beberapa masa dan tempoh untuk membiak dan mengganggu kesihatan mangsa. Hasil dari semua kemungkinan ini, Nabi s.a.w sejak beribu tahun silam, tanpa ilmu mikrobiologi telah mampu memberikan satu peraturan yang bertepatan dengan penemuan sains. Itulah ilmu yang datang dari pencipta sekalian alam, Allah swt.

Dengan fakta ini, kita tidak akan sama sekali mampu meneka siapa yang menjadi punca pemindahan virus kepada tubuh kita, kerana bukan sahaja individu yang sedang sakit dan selsema sahaja yang berpotensi, malah mereka yang sihat juga terdapat kemungkinan menanggung virus yang sama dan memindahkannya kepada kita melalui sentuhan dan sebagainya. Itulah takdir namanya dan kita diarah untuk berusaha sedaya mungkin dan redha serta sabar apabila diuji.

3) SEKATNYA DARI MENJADI PENYEBAR

Jikalau ditakdirkan kita tergolong dari mereka yang sedang diuji dengan selsema babi ini, pastikan sedaya upaya kita tidak menjadi sebab untuk merebaknya virus terbabit di kalangan awam. Justeru itu:-

· Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau kain semasa bersin.

· Sentiasa basuh tangan selepas memegang hingus, hidung atau selepas bersin di tangan, gunakan sabun atau apa-apa jenis sabun antibacteria.

· Kurangkan berasak-asak di tempat awam, kerana peluang pemindahan virus boleh berlaku dengan lebih besar. Namun takdir Allah mendahului segala-galanya, jika telah ditakdirkan, seseorang yang mengunci diri di dalam gua batu sekalipun pasti akan kena, mungkin melalui virus yang dibawa di atas badan semut yang memasuki gua itu!.

Kesemua tindakan dan usaha pencegahan adalah wajib kita lakukan menurut hukum Islam, kerana menyebabkan kemudaratan kepada orang lain adalah diharamkan.

4) CADANGAN PEMULIHAN : SARANAN DOKTOR DAN USTAZ

Bagi tujuan pemulihan, perkara biasa yang disarankan oleh para doktor adalah :-

  • Makan vitamin C dengan kadar lebih banyak dari biasa.
  • Minum air dengan kuantiti yang banyak, lebih banyak dari biasa.
  • Boleh mengambil (kecuali kanak-kanak bawah 5 tahun) ubat demam atau batuk yang biasa atau juga paracetamol dan pain killer seperti ibuprofen untuk melegakan beberapa symptom. (Rujuk doktor anda terlebih dahulu).
  • Ambil cuti dan berehat sehingga sembuh.

Ditambah pula dengan nasihat dari para ilmuan Islam:

  • Yakinkan diri dengan kesembuhan, sebutkan kata-kata yang baik untuk diri seperti yakin diri akan sembuh segera dan sebagainya. Selain itu, jangan pula mencerca dan memaki hamun semasa sakit. Hal ini disarankan melalui hadis :-

لا عدوى ولا طيرة ، ويعجبني الفأل قالوا : وما الفأل ؟ قال : كلمة طيبة

Ertinya : Tiada jangkitan (tanpa izin Allah) dan sial, dan aku suka kepada sikap Al-Fa'l, Sahabat bertanya : "Apakah Al-Fa'l ?"

Nabi menjawab : "Kalimah yang baik (sangka baik untuk sembuh)

  • Berdoa agar beroleh kesembuhan dan doakan orang lain agar turut kuat dan sembuh dari jangkitan selsema babi ini.

  • Bersangka baik dengan Allah dan serahkan urusan kepada Allah swt. Iaitu jikalau telah terdapat ahli keluarga yang dijangkiti dan amat sukar untuk mengelakan diri dari bercampur dengan mereka. Dirwiyatkan di dalam sebuah hadi, Nabi meletakkan makan di dalam satu bekas bersama pesakit kusta lalu berkata :-

كلْ باسم الله توكلاً على الله وثقة بالله

Ertinya : Makanlah dengan bacaan Bismillah, bertawakkal kepada Allah dan berikan kepercayaan ( sangka baik) kepadaNya: (Riwayat Tirmizi dan Ibn Majah, namun menurut analisa, hadis ini dinilai lemah)

  • Jangan sesekali putus asa jika ditimpa penyakit ini.

Firman Allah swt :

وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ

Ertinya : Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa.

Sekadar itulah yang dapat dikongsikan buat masa ini, semoga semua kita dapat menghadapi saat sukar ekonomi dan kesihatan ini dalam keadaan yang jitu dan teguh iman kepada Allah swt.

Akhirnya hayatilah kata nabi ini

عجبا لأمر المؤمن ، إن أمره كله له خير ، وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن ، إن أصابته سراء شكر وكان خيرا له ، وإن أصابته ضراء صبر فكان خيرا له

Ertinya : hebat dan amat mengkagumkan sifat orang beriman, semua urusannya memberinya kebaikan, dan tiada perolehinya kecuali dia adalah mukmin, iaitu apabila ditimpa kebahagian dia bersyukur, maka ia perolehi kebaikan (hasil syukurnya dia), dan apabila ia ditimpa keburukan, ia sabar dan baginya kebaikan juga (Riwayat Muslim)

Sebarkanlah artikel ini di merata tempat, semoga ramai beroleh manfaat dan terpandu untuk menentukan iman, minda, hati dan sikap yang betul.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

untuk maklumat lanjut sila layari : ustaz zaharuddin.net

21 Julai 2009


PTPTN Baru Berasaskan Ujrah : Ulasan Ustaz Zaharuddin.

Ada yang bertanya saya berkenaan pengumuman rasmi PTPTN yang mengkhabarkan pertukaran konsep pinjaman sebelum ini yang berasaskan caj perkhidmatan (peratusan tertentu disandarkan kepada jumlah pinjaman dan baki setiap bulan) kepada konsep ujrah.

Konsep ini telah diluluskan oleh Jawatnkuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 28 Julai 2008.

Atas dasar itu, saya boleh mengucapkan tahniah kepada PTPTN atas perubahan terbaru yang dilakukan. Walaupun konsep baru tersebut masih boleh dibincangkan, namun ia adalah lebih baik berbanding konsep caj perkhidmatan sebelum ini yang tidak disahkan oleh mana-mana majlis Syariah, selain kejelasan unsur riba dalam kiraannya.

Apa yang paling menonjol dalam kiraan terbaru adalah perbezaaan peratusan yang dikenakan kepada pelajar, dahulu dikenakan 3 % dari jenis kiraan ‘reducing balance' atau 3 % dari hutang berbaki yang jelas adalah RIBA, ia juga sama dengan cara kiraan riba oleh bank-bank konvensional.

Dengan konsep ujrah sekarang, caj telah diturunkan kepada 1 % dan ia pula bersifat flat dan tidak lagi dikira berdasakan baki bulanan pinjaman. Secara umumnya, ia jauh lebih murah berbanding cara kiraan sebelum ini. Menurut statisik perbandingan dari petikan akhbar berikut (buka halaman 15 ), penurunan adalah sebanyak 47 - 48 %.

UJRAH

Untuk pengetahuan pembaca, ‘Ujrah' adalah perkataan di dalam bahasa arab yang membawa erti "upah". Ia mempunyai kaitan dengan istilah ‘Ijarah' iaitu sewa, kerana ijarah juga ada satu jenis dari upah, iaitu upah atas manfaat yang diberikan. Contohnya, sewaan rumah, beerti upah atas manfaat rumah yang disewakan. Ujrah juga boleh diletakkan di atas sesuatu tugas dan kerja, lalu ia dinamakan ‘gaji' bagi para pekerja tetap di institusi awam dan swasta. Ia juga boleh tergolong dalam nama ‘komisyen' jika diletakkan kepada sebuah kontrak wakil (agency) seperti seorang broker tanah yang mengutip upah atau komisyen atas usahanya menjuakan tanah pemilik. Semua konsep ujarh dalam setiap kontranya mempunyai tatacara dan syaratnya agar ia dianggap sah dan halal di sisi syara'.

Justeru, apakah perbezaaan di antara ‘upah' yang halal dan ‘caj perkhidmatan' yang haram?

Secara dasarnya, ia boleh jadi sama dan boleh berbeza bergantung kepada cara dan formula kira-kiranya. Melihat kepada formula kiraan antara keduanya, Alhamdulillah terdapat perbezaan tetapi ada yang masih sama.

YANG BERBEZA

Bagi konsep ujrah yang terbaru, formula kiraannya adalah :

Upah = Jumlah pembiayaan diluluskan x kadar upah x tempoh bayaran balik

Contoh, jika sekiranya pelajar meminjam sebanyak RM21,000, maka kadar upah adalah satu peratus setahun, UNTUK TEMPOH BAYARAN SEMULA 10 TAHUN, maka jumlah upah adalah:-

Upah = RM21,000 x 1% x 10 (tahun)

= RM 2,100

Maka jumlah keseluruhan yang akan ditanggung atau perlu dibayar balik oleh pelajar dalam tempoh 10 tahun adalah : RM21,000 + RM 2,100 = RM23,100

Jumlah ini jauh lebih kecil berbanding cara kiraan caj perkhidmatan yang akan menghasilkan jumlah RM25,116 iaitu dengan nilai RM 4,116 jumlah caj perkhidmatan ribanya.

APA YANG SAMA DAN SEPATUTNYA BERBEZA JUGA

Walaupun tahniah diucapkan, pintu kritikan ilmiah, pembaikpulihan dan cadangan tidak tertutup semestinya, malah ia patut sentiasa digalakkan bagi mengembangkan kefahaman ilmu muamalat Islam.

Justeru, sekalipun cara kiraan ini kelihatan murah dan baik, serta TELAH disahkan oleh Jawatankuasa Fatwa Malaysia, cara kiraan ini tetap tidak berjaya menembusi piawaian hukum yang diputuskan oleh para ulama antarabangsa. Ini adalah kerana cara kiraannya masih terdapat yang sama dengan cara kiraan riba sebelum ini. Iaitu pada sandaran caj upah. Dahulu ia disandarkan kepada jumlah pinjaman, dalam konsep ujrah terbaru juga disandarkan kepada jumlah pinjaman.

Sekadar ingatan kembali, di dalam hukum Islam, pemberi pinjaman sama ada individu, institusi kewangan swasta atau kerajaan, TIDAK BOLEH mengenakan sebarang caj kewangan kepada peminjam khususnya dari jenis peratusan yang disandarkan kepada jumlah pemberian pinjaman. Berubah dengan berubahnya jumlah pemberian pinjam.

Namun cara kiraan yang diguna pakai oleh PTPTN 'ujrah' yang baru masih disandarkan kepada jumlah atau nilai pinjaman yang diberikan. Selain atas dasar kefahaman nas, para ulama antarabangsa melarangnya untuk mengelakkan caj upah ini menjadi helah kepada riba (helah ribawiyah) yang asalnya caj tambah kepada pinjaman kerana tempoh (time value of money). Kerana dari sudut konsep dan jurus pandangan ekonomi, kedua-dua jenis caj riba dan upah itu adalah sama. Jalan keluar yang paling kukuh adalah TIDAK MENJADIKAN jumlah pinjaman sebagai sandaran untuk mengira upah.

Menurut keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa dan lain-lain majlis Shariah yang berautoriti tanpa kepentingan tertentu di mana-mana syarikat dan institusi kewangan di seluruh dunia, caj yang dibenarkan dikenakan kepada peminjam hanyalah kos sebenar yang lahir dari urusan pemberian pinjaman sahaja.Ia tiada kaitan dengan nilai pemberian pinjam.

Cara kiraan caj atau kos sebenar itu menurut ijtihad ulama antarabangsa adalah berdasarkan formula berikut[1]:-

Ujrah = Actual Administrative Expenses During The Year x 100

Average Asset During The Year

Untuk mendapatkan average asset during the period berikut formulanya :

Average asset = A1 + A2

2

Nota Keterangan

A 1 : Total asset at beginning of the period

A 2 : Total Asset at the end of the period

Cara inilah yang juga diiktiraf di Pakistan dan ulamanya, serta diamalkan bagi sebahagian jenis pinjaman di sana. Cara kiraan ini tidak meletakkan sebarang ikatan kepada jumlah pinjaman yang diberi. Ia lebih menepati ijtihad majoriti ulama sedunia.

KESIMPULAN

Apapun, yang pasti para pelajar Islam kini boleh menarik nafas lega kerana harga yang lebih murah dan kedua, ia TELAH disahkan oleh sekumpulan ulama Malaysia. Justeru, tiada lagi sebarang tanggungan spiritual yang harus mereka galas apabila mengambil pinjaman PTPTN. Saya peribadi, saya mengucapkan tahniah atas usaha dan kesungguhan untuk melakukan perubahan. Dan bagi Jawatankuasa fatwa yang meluluskan, kita harapkan ijtihad mereka diterima di sisi Allah, jika tidak dua pahala, satu pahala masih milik mereka inshaAllah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

16 Sha'ban 1430 H

08 Ogos 2009


Menunda program kem lasak


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته & Salam SejahteraKepada Semua Siswa/Siswi UDM,PERHATIAN !!

Kepada semua mahasiswa/wi yang berkenaan, Program KEM LASAK yang dianjurkan oleh persatuan mahasiswa fakulti pengurusan perniagaan dan perakaunan akan ditundakan kerana bahagian HAL EHWAL PELAJAR membekukan aktiviti ke luar dari UDM kerna wabak yang sedang melanda di Malaysia iaitu influenza A(H1N1). tarikh yang baru akan diberitahu semula, dan ianya tertakluk pada bahagian HEPA. Kami dari persatuan mahasiswa fppp memohon maaf diatas kesulitan.

SEKIAN TERIMA KASIH.

Influenza A(H1N1)

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT....


from: utusan

JUMLAH mangsa jangkitan influenza A(H1N1) semakin membimbangkan. Semalam seorang lagi meninggal dunia. Kali ini ia melibatkan kanak-kanak – mangsa pertama membabitkan golongan itu.

Nampaknya, kesedaran masyarakat mengenai bahayanya wabak itu masih ketinggalan. Mereka tidak bimbang langsung berada di tempat awam tanpa menutup hidung.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika memberi reaksi kematian kanak-kanak 11 tahun dari Johor Bahru itu berkata: ‘‘Saya rasa sangat sedih. Kita kena kerja lebih keras’’.

Memang benar kementeriannya perlu bekerja keras lagi.

Tinjauan berita TV3 di Lapangan Terbang Kota Kinabalu malam kelmarin misalnya membuktikan kebenaran itu. Pelancong asing yang ditemu bual mendakwa suhu badan mereka tidak diambil semasa tiba di Lapangan Terbang Kuching dan Kota Kinabalu. Topeng hidung juga tidak dibekalkan. Malah menurut laporan itu, kad kesihatan yang diisi pun tidak diperiksa dan dikembalikan.

Jika betul dakwaan itu, maka memang benarlah kementerian itu perlu bekerja lebih keras lagi.

Tahap kesiapsiagaan pihak berkuasa sepatutnya menjadi penanda aras keprihatinan masyarakat. Jika pihak berkuasa sendiri tidak serius, rakyat juga tidak akan serius.

Awang – Nyatakan yang benar.



Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Semester II Sesi 2008/09


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته & Salam SejahteraKepada Semua Siswa/Siswi UDM,




Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan akan mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Semester II Sesi 2008/09 pada:

Tarikh : 4 Ogos 2009 (Selasa)
Masa : 8.00 - 10.00 malam
Tempat : Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UDM Kampus KUSZA
Penyampai : Prof. Madya Dr. Ahmad Shukri Yazid, Dekan FPPP

kehadiran semua pelajar fppp adalah diwajip kan....

Sekian untuk makluman.

Terima kasih. Wassalam..

majlis makan malam urusetia FPPP

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته & Salam SejahteraKepada Semua Siswa/Siswi UDM,

PERHATIAN !!!!!

Kepada semua URUSETIA FPPP bagi program EXPLORACE MAULIDUR RASUL dan EXPLORACE bagi PELAJAR BARU, anda dijemput hadir bagi jamuan makan malam, seperti berikut:

TEMPAT : CAFE KAK NGAH
MASA : 9.00 MALAM
TARIKH : 10- JULAI- 2009

Diharap anda semua dapat menghadirkan diri di majlis makan malam ini.
Sekian terima kasih.




Konvokesyen UDM 2009

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته & Salam SejahteraKepada Semua Siswa/Siswi UDM,

Kepada semua bakal-bakal graduan Universiti Darul Iman Malaysia,
anda boleh memuat-turun dokumen yang berkaitan konvokesyen dengan membuka pautan berikut :

Dokumen Konvokesyen

sekian terima kasih.

PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN BAGI SESI JULAI 2009/2010


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Dan Salam Sejahtera.......

Perhatian kepada semua mahasiswa/siswi lama UDMPendafaran Kolej Kediaman bagi sesi Julai 2009/2010 akan mula dibuka sebagaimana berikut:-
Tarikh : 4-5hb Julai 2009
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Semua pelajar bolehlah membuat pendaftaran Kolej Kediaman di Perkarangan Pejabat Kolej Kediaman Baru.Sekian, Harap MaklumPengurus AsramaUDM

Tuanku Nur Zahirah dimasyhur Canselor UDM 13 Julai


KUALA TERENGGANU 28 Jun - Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah akan dimasyhurkan sebagai Canselor pertama Universiti Darul Iman (UDM) dalam satu istiadat di universiti itu pada 13 Julai ini.
Naib Canselor UDM, Profesor Datuk Dr. Alias Daud berkata, Tuanku Nur Zahirah telah menyatakan perkenan baginda untuk pelantikan tersebut dan persetujuan berangkat ke istiadat pemasyhuran itu.
"Pemasyhuran itu akan dibuat semasa majlis konvokesyen pertama UDM pada 14 hingga 16 Julai ini," katanya semasa majlis pendaftaran pelajar baru sesi 2009/2010 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Kampus Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA) di Gong Badak di sini hari ini.
Sementara itu, Alias berkata, persiapan untuk mengadakan majlis konvokesyen pertama universiti itu siap sepenuhnya.
Katanya, sebanyak 3,284 pelajar yang menamatkan pengajian mereka sejak pertengahan 2007 akan menyertai majlis konvokesyen itu.
"Pihak universiti telah bekerja keras untuk menjayakan majlis ini sejak lapan bulan lalu," katanya.

Mengulas kelewatan penganjuran konvokesyen, Alias berkata, ia disebabkan pihaknya terpaksa menyediakan peralatan baru.
Mengenai pendaftaran pelajar baru, beliau berkata, UDM menawarkan tempat kepada 2,020 pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di universiti tersebut.
Katanya, daripada angka tersebut, sebanyak 1,020 pelajar akan mendaftar untuk program pengajian Ijazah Sarjana Muda manakala 1,000 bagi program pengajian Diploma.
Pada sesi 2009/2010, UDM menawarkan 18 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan 22 program di peringkat pengajian Diploma.
Selain itu, UDM juga menawarkan tiga pengajian baru iaitu Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan, Ijazah Sarjana Muda Dietetik dan Ijazah Sarjana Muda Produksi & Kesihatan Haiwan.
Sementara itu, 30 pelajar dijangka mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan dan Ijazah Sarjana Muda Dietetik di samping 40 pelajar bagi Ijazah Sarjana Muda Produksi & Kesihatan Haiwan.
Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang Minggu Mesra Siswa seperti Program Bersama Tokoh dan Program Cintailah Pantai Kita.



sumber:utusan

NAMA PEGAWAI PENGESAH BORANG MERIT MAHASISWA UDM

KEGIATAN FAKULTI & JABATAN

Dekan atau Timbalan Dekan sahaja.


KEGIATAN BADAN BERUNIFORM (KURSUS KOKURIKULUM SAHAJA)

Ketua Pusat Kokurikulum


KEGIATAN SUKAN

En. Faziallah bin Mamat (Pegawai Belia & Sukan UDM)


KEGIATAN PERSATUAN/KELAB

Puan Fadlina binti Ismail (Penolong Pendaftar, Unit Persatuan HEPA)


KEGIATAN KEBUDAYAAN (BUKAN KURSUS KOKURIKULUM)

Pengarah, Pusat Seni & Kebudayaan UDM sahaja


KEGIATAN KEROHANIAN

En. Rusdi bin Muda (Penolong Pendaftar, HEPA)


KEGIATAN KOLEJ KEDIAMAN

En. Muzafar bin Mohd Din (Penolong Pendaftar, HEPA)


ANUGERAH/SIJIL/PINGAT (BUKAN AKADEMIK)

Ketua Pusat Kokurikulum
#Pelajar sila bawa kenyataan bertulis asal tentang perkara tersebut


PENERBITAN/MAJALAH

Puan Fadlina binti Ismail (Penolong Pendaftar, Unit Persatuan HEPA)
#Pelajar sila bawa kenyataan bertulis asal tentang perkara tersebut


PROGRAM KHAS UDM/HEPA

Sila berhubung dengan Penolong Pendaftar, HEPA yang terlibat.


PROJEK TERTENTU

Sila berhubung dengan Penolong Pendaftar, HEPA yang terlibat.

MASALAH PENDAFTARAN KOKURIKULUM

PERHATIAN BAGI PELAJAR YANG MEMPUNYAI MASALAH BERIKUT:
1) Pilihan kursus yang tinggal untuk didaftarkan bagi semester hadapan adalah kursus yang telah diambil pada semester-semester lepas.
PENYELESAIAN- Sila datang sendiri ke Pusat Kokurikulum UDM, isi borang aduan di kaunter dan mesti dikepilkan bersama salinan transkrip peperiksaan semester berkenaan yang memaparkan keputusan kursus kokurikulum tersebut. Pihak kami akan menempatkan anda di dalam kursus lain yang akan diputuskan oleh Pusat Kokurikulum kerana mengambil kira kelewatan anda merebut peluang mendaftar kursus kokurikulum pilihan anda dan pihak kami tetap mengutamakan mereka yang telah berjaya lebih awal mendaftar kursus pilihan mereka melalui sistem portal. Anda diwajibkan membuat aduan kepada pihak kami sebelum 14 APRIL 2009.
2) Anda gagal mendaftar kursus pilihan anda kerana kursus itu telah penuh.
PENYELESAIAN- Sila daftar kepada mana-mana kursus kokurikulum yang masih kosong dengan syarat, kursus tersebut belum pernah anda ikuti pada semester-semester sebelum ini. Jika keadaan sebaliknya, anda adalah tertakluk kepada penerangan penyelesaian di nombor 1(seperti di atas).
Anda boleh mohon untuk gugur/tambah kursus kokurikulum pada minggu pertama pengajian semester hadapan dan dihantar kepada Pejabat Pusat Kokurikulum bagi pertimbangan diluluskan atau tidak diluluskan. BERMULA SEMESTER HADAPAN, ANDA DIKEHENDAKI HADIR KE KELAS KOKURIKULUM SEPERTI YANG DIDAFTARKAN MELALUI SISTEM PORTAL KECUALI TELAH MENDAPAT KELULUSAN BERTULIS KETUA PUSAT KOKURIKULUM UDM UNTUK GUGUR/TAMBAH KURSUS BERKENAAN.
Pihak kami tidak akan melayan sebarang akibat@kesan terhadap transkrip akademik anda jika anda mengabaikan secara sengaja atau tidak sengaja berkenaan notis peringatan kehadiran kursus kokurikulum ini seperti yang telah didaftarkan oleh anda melalui sistem portal.
Harap Maklum.
KetuaPusat Kokurikulum UDM

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II SESI 2008/09 (MUKTAMAD)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan selamat sejahtera kepada semua siswa/siswi UDM,
Berhubung pekara di atas dengan segala hormatnya kami sertakan bersama-sama ini Jadual Peperiksaan Akhir Semester II Sesi 2008/2009 (dalam dua versi iaitu versi mengikut tarikh dan versi mengikut abjad kod kursus) untuk makluman siswa/siswi UDM.
Pihak kami juga ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester II Sesi 2008/2009.
Wassalam.Sekian, terima kasih.
Ahmad Risyamsyi Abdul Razak
Penolong Pendaftar BPA

BORANG MERIT MAHASISWA UDM

Assalamualaikum...

Perhatian kepada semua mahasiswa/i berkenaan,Selaras dengan usaha Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni UDM untuk mengiktiraf sumbangan para pelajar yang aktif dengan kegiatan kokurikulum/kampus/persatuan/kelab d.s.b., Borang Merit Mahasiswa UDM akan mula diedarkan di Pejabat Pusat Kokurikulum UDM mulai 1 April 2009.
Sistem merit ini tidak akan mempengaruhi sistem CGPA atau transkrip akademik di dalam apa jua keadaan. Ianya lebih merupakan kepada pengiktirafan dan pengesahan sumbangan anda terhadap aktiviti di kampus yang mana ianya boleh membantu mengukuhkan penilaian temuduga pekerjaan anda kelak.
Anda dikehendaki membaca lampiran fail yang disertakan (PANDUAN BORANG MERIT) untuk memahami asas pengiraan merit seperti yang digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Ruangan markah akan diisi oleh pihak kami.
Sila pastikan hanya pegawai-pegawai yang dibenarkan sahaja menurunkan tandatangan pengesahan aktiviti. Sebarang tandatangan yang tidak tersenarai, ianya tidak akan dikira bagi meminimumkan ruang kesilapan pengesahan.
Sila kembalikan borang yang telah lengkap diisi dan telah disahkan oleh pegawai berkenaan sebelum 1 Mei 2009 di pejabat Pusat Kokurikulum UDM.Harap maklumKetua Pusat Kokurikulum UDM.
Harap maklum.
Ketua Pusat Kokurikulum UDM

KOLEKSI DIGITAL UNTUK RUJUKAN PELAJAR

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera......
Kepada Pelajar siswa/siswi UDM, Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Perpustakaan UDM menyediakan koleksi-koleksi digital yang boleh diakses melalui portal Perpustakaan. Antara koleksi-koleksi digital yang dimuatkan di dalam portal Perpustakaan UDM adalah Koleksi E-Buku, E-Jurnal, Pangkalan Data, Jurnal Akses Terbuka, Tesis Akses Terbuka dan termasuklah Pangkalan Data Percubaan.
Untuk mendapatkan koleksi digital ini, sila layari portal Perpustakaan UDM - Koleksi Digital (http://www.udm.edu.my/perpustakaan/) atau terus ke Weblog Perpustakaan (http://blogs.udm.edu.my/library/)
Sekiranya terdapat sebarang cadangan/komen berkaitan dengan koleksi ini, sila maklumkan melalui emel rosnor@udm.edu.my atau terus ke weblog perpustakaan. Cadangan / komen amatlah dialu-alukan untuk kebaikan dan peningkatan kita bersama.
Sekian, terima Kasih.
Wassalam.Rosnorzaini Binti RusliPustakawanPerpustakaan UDM

memory watikah perlantikan FPPP

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.Kepada Pelajar siswa/siswi FPPP, UDM.

Pada 26-Feb-09, jam 2.30 petang, satu majlis penyerahan watikah dan perasmian blog FPPP diadakan. majlis ini dirasmikan oleh DEKAN FPPP iaitu YANG BHG. PROF MADYA DR. AHMAD SHUKRI B. YAZID. yang bertempat di DEWAN PERSIDANGAN UDM. majlis ini menjemput wakil dari MPP, dan semua YDP, MT, & EXCO- EXCO persatuan mahasiswa dibawah FPPP. SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA TETAMU YANG HADIR..

Dibawah ini... ada sedikit kenangan semasa Majlis penyerahan watikah dan perasmian blog FPPP:








Barisan pemimpin yang baru sesi 08/09




Barisan tetamu yang hadir


























NEWS, Makmal komputer FPPP

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.Kepada Pelajar siswa ,siswi UDM,

Makamal komputer tingkat 3 di Blok Habsah telah dibuka untuk kegunaan seluruh warga FPPP. Fungsinya sama sahaja seperti Makmal komputer di Blok A. Jadi anda boleh lah datang untuk serve internet disana. waktu beroperasi adalah mengikut waktu jam bekerja sahaja.


Majlis Sambutan Bulan Dakwah dan Sambutan Maulidur Rasul Tahun 2009

"Dimaklumkan bahawa Majlis Sambutan Bulan Dakwah dan Sambutan Maulidur Rasul Tahun 2009 akan diadakan sepertimana berikut :
Tarikh : 20 Mac 2009 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat: Tapak Pesta, UDM Kampus KUSZA
Semua Warga UDM adalah dijemput hadir untuk memeriahkan lagi sambutan yang akan diadakan sepertimana tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan.sekian, harap maklum.
Unit Komunikasi Korporat

About Me

My photo
UniSZA, Terengganu, Malaysia
e-mail: portalpelajar_3p@yahoo.com facebook: persatuan mahasiswa 3p

clik disini untuk pictr aktiviti pelajar FPPP

Mutiara kata

Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan menambah pahala.


Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

waktu solat

jom borak..


ShoutMix chat widget

Followers