EXPLORACE MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.Kepada Pelajar siswa/siswi UDM,



Fakulti pengajian pengurusan dan perakaunan telah mengadakan satu program EXPLORACE MAULIDUR RASUL pada 21.3.09 bersamaan hari Sabtu. Program ini adalah sempena sambutan MAULIDUR RASUL pada 9.3.09 bersamaan hari Isnin. Explorace ini dijalankan bermula jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 3.00 petang. Lokasi explorace ini adalah dalam UDM, HEPA, kedai makan NZA di Tok jembal dan di pantai TOK JEMBAL.



Peserta yang terlibat adalah dari FAKULTI PENGAJIAN PENGURUSAN & PERAKAUNAN dan FAKULTI KONTEMPARORI ISLAM. Yang melibatkan 60 orang peserta dan 35 orang Urusetia dari MT & Exco FPPP, dan Exco sukan dan kebajikan setiap kelab mahasiswa dibawah FPPP. Insyaallah next program, MT & Exco FPPP akan melibatkan Exco- exco dari kelab- kelab di bawah FPPP lagi, supaya program FPPP akan lebih mantap dengan adanya gabungan dari seluruh warga FPPP.



Program ini bermula dari Dabs, iaitu para peserta di lepaskan untuk menyelesaikan task- task yang diberikan. Para peserta diberikan klu- klu yang menguji minda untuk melatih para peserta berfikir dengan cepat dan pantas dalam keadaan stress untuk mengejar masa yang diberikan.
Setelah sampai di check point yang ke-1 iaitu di tempat parking Bas UDM, para peserta perlu menyelesaikan Task TEKA SILANG KATA yang berkonsepkan SEJARAH NABI MUHAMMAD s.a.w. selepas selesai, mereka perlu mencari peta untuk ke check point seterusnya.



Check point yang ke-2, para peserta diuji dengan kepakaran mencipta SAJAK & DEKLAMASIKAN di hadapan seluruh warga UDM tentang Sejarah Nabi Muhammad s.a.w, Tempatnya adalah di Café Baru.



Check point yang ke-3, tempat yang perlu dituju adalah pagar belakang UDM, para peserta dikehendaki menjawap beberapa soalan QUIZ semuanya tentang sejarah NABI MUHAMMAD s.a.w. sekiranya peserta tidak dapat menyelesaikan task tersebut, mereka dikendaki minum air garam. Erm.. Mesti sedapkan? hehehe



Check point yang ke-4, di GYM. Yang mana mereka perlu menjual barang- barang yang diberikan oleh urusetia kepada warga UDM sahaja, untuk membolehkan mereka membeli makanan tengahari hasil daripada keuntungan jualan tersebut.



Check point ke-5, di pintu pagar hadapan UDM, konsepnya lebih kurang sama sahaja seperti check point ke 4. Yang membezakannya adalah target customer mereka. Check point ini memerlukan mereka menjual barang-barang kepada orang luar. Agak mencabar juga kerana memerlukan krativiti peserta untuk memasarkan produk mereka. Barang- barang yang perlu dijual adalah:


- Beg
- Button
- Makanan ringgan & Gula- gula
- Keychain
- Gambar or poster yang berkonsepkan Palestin


Check point yang ke 6. Di sekitar kawasan HEPA (hal ehwal pelajar & alumni). Mereka perlu meyusun puzzle. Gambar masjid.



Check point seterusnya, peserta dikehendaki pergi ke kedai NZA, di Tok Jembal. Setiap peserta perlu memikir sekretif mungkin untuk menyelesaikan task ini dengan pantas dan mencari kenderaan untuk sampai di sana. Ade gak peserta yang naik lori, kenderaan sendiri, pinjam kereta orang yang kat HEPA, berjalan kaki dan banyak lagi… mencabarkan? Kesian betulla sape yang menjadi mangsa mereka…..hehehe, tapi paper pun thanks kat mangsa2 mereka kerna member kemudahan kpd mereka. Bagi task ini, Mereka semua dikehendaki duduk didalam kertas A4 yang diberikan. Sekiranya, peserta tidak dapat melakukan task ini, mereka perlu membaca article tentang SEJARAH HIDUP NABI MUHAMMAD s.a.w. dihadapan orang ramai.
Setelah berpenat lelah di check point 7, peserta perlu ke check point 8, iaitu di PANTAI TOK JEMBAL. Task yang perlu diselesaikan adalah membina istana pasir yang berkonsepkan HAIWAN Yang HIDUP DIDARAT & DI DALAM AIR. Selepas itu, peserta perlu mencari bebola Emas yang telah di tanam di dalam pasir. Setiap kumpulan perlu mencari 6 bebola Emas yang didlm nya mempunyai kertas yang bertulis TAHNIAH. Sekiranya mereka tidak dapat mencari 6 kertas yang bertulis TAHNIAH. Mereka perlu menyanyikan lagu UDM dengan pelbagai Versi.. seperti keroncong..dan banyak lagi dihadapan orang ramai…. Alhamdulillah, semua penonton gembira dengan persembahan spontan mereka itu…
Seterusnya Mereka dikehendaki menamatkan explorace mereka di DABS. Setelah semua peserta selamat sampai di check point akhir & markah pun dah dikira.. Majlis penyampaian hadiah dibuat. Bagi yang menang tahniah diucapkan, tp bagi yang tak berapa menang tahniah jugak dan cuba lagi untuk program yang lain. Kumpulan yang menang adalah seperti berikut:



1. AWANA
2. PEMBURU MALAM DELIONIC
3. SAIDINA ALI
4. ISLAMIC FINANCE
5. DIFANIKA
6. MONSTER
7. TRIPOT
8. SUKAILALA
9. FELLA
10. BLACK CROUD



Semoga peserta berpuas hati dengan program yang dianjurkan oleh FPPP dan tanpa kalian semua iaitu semua peserta dan urusetia kami, MT & EXCO FPPP tak dapat menjayakan program ini dengan sejaya ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung. Sekian terima kasih.

0 Bebudak FPPP:

About Me

My photo
UniSZA, Terengganu, Malaysia
e-mail: portalpelajar_3p@yahoo.com facebook: persatuan mahasiswa 3p

clik disini untuk pictr aktiviti pelajar FPPP

Mutiara kata

Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan menambah pahala.


Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

waktu solat

jom borak..


ShoutMix chat widget

Followers