Influenza A(H1N1)

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT....


from: utusan

JUMLAH mangsa jangkitan influenza A(H1N1) semakin membimbangkan. Semalam seorang lagi meninggal dunia. Kali ini ia melibatkan kanak-kanak – mangsa pertama membabitkan golongan itu.

Nampaknya, kesedaran masyarakat mengenai bahayanya wabak itu masih ketinggalan. Mereka tidak bimbang langsung berada di tempat awam tanpa menutup hidung.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika memberi reaksi kematian kanak-kanak 11 tahun dari Johor Bahru itu berkata: ‘‘Saya rasa sangat sedih. Kita kena kerja lebih keras’’.

Memang benar kementeriannya perlu bekerja keras lagi.

Tinjauan berita TV3 di Lapangan Terbang Kota Kinabalu malam kelmarin misalnya membuktikan kebenaran itu. Pelancong asing yang ditemu bual mendakwa suhu badan mereka tidak diambil semasa tiba di Lapangan Terbang Kuching dan Kota Kinabalu. Topeng hidung juga tidak dibekalkan. Malah menurut laporan itu, kad kesihatan yang diisi pun tidak diperiksa dan dikembalikan.

Jika betul dakwaan itu, maka memang benarlah kementerian itu perlu bekerja lebih keras lagi.

Tahap kesiapsiagaan pihak berkuasa sepatutnya menjadi penanda aras keprihatinan masyarakat. Jika pihak berkuasa sendiri tidak serius, rakyat juga tidak akan serius.

Awang – Nyatakan yang benar.



0 Bebudak FPPP:

About Me

My photo
UniSZA, Terengganu, Malaysia
e-mail: portalpelajar_3p@yahoo.com facebook: persatuan mahasiswa 3p

clik disini untuk pictr aktiviti pelajar FPPP

Mutiara kata

Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan menambah pahala.


Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

waktu solat

jom borak..


ShoutMix chat widget

Followers